Tuesday, July 15, 2014

NO INTIMATE RELATIONSHIP? THE RULE OF NASREEQ...

Didalam komuniti ni, terdapat beberapa peraturan yang diletakkan oleh directornya iaitu Nasreeq. Salah satu diantara peraturan itu adalah 'NO INTIMATE RELATIONSHIP'. Ini adalah etika yang dimaktubkan diatas kebimbangan akan ada permasalahan yang akan berlaku diantara pasangan. Mana taknya, buat bisnes akan melibatkan kerja2 networking iaitu banyak berlaku pergaulan ketika mencari prospek. Termasuklah salah satu cara tip prospecting ialah dengan mengorat prospek untuk dibawa masuk dalam bisnes. Jadi tak heranlah kalau ada sebahagian ahli didalam komuniti tu putus tunang dan bercerai kerana sanggup memilih bisnes ni berbanding sebuah keluarga bahagian. Setiap muslim pun tahu kan berkahwin itu adalah fitrah Allah? Pernah beberapa kali saya dengar ungkapan unline dalam komuniti tu, "kalau nak kahwin kena naik jadi DF dulu!" Perh, ibarat kejahilan yang terlaksana dek akal yang pendek. Siapa mereka untuk melawan kuasa Allah yang mnciptakan fitrah buat manusia? Abis tu macamana pulak ye dengan ahli TEGAR dalam komuniti tu sendiri yang melanggar peraturan KONONNYA 'no intimate relationship' ni ye? Bagaimana dengan Akmal Shamin & Nisa Baidullah, Ammar & Eira, Ayu & Pidot, Syahira & Fadhil, Rauf & Bella?
Ke korang tak tahu mereka dah berkahwin atau sengaja sembunyikan dari pengetahuan network kerana takut bisnes terjejas?

Dan terdapat juga beberapa bekas ahli yang telah berkahwin, quit dari bisnes ni kerana membuat keputusan yang betul iaitu, hafiz & Eija, Nadzmi & Mimi. Sesiapapun, setelah terjebak dalam bisnes one community worldwide ni pun hampir tergugat dek psikologi mereka yang menggalakkan ahli menggunakan 'wrong Intention' sebagai satu cabaran dan pengorbanan. Pernah upline berkata, bahawa golongan orang yang dah berkahwin, bertunang atau ada teman lelaki atau perempuan ni sebenarnya sangat menyusahkan. Kerana ia akan membuatkan pergerakan dalam mengembangkan bisnes networking ini terbantut. Sebenarnya bagi saya, mereka ini mengajak dan mengajar supaya mereka ini menjadi bujang terlajak dan melanggar perintah Allah. Lakonan solat yang mereka lakukan semuanya hanyalah demi mengaburi mata orang awam. Kononnya buat bisnes ni, x lepas dari menjaga tuntutan agama. Ini memang tak betol, mereka mempergunakan agama untuk membuat bisnes yg mana hasilnya datang dr sumber yang syubhah. Bak kata, kalau ketua kepala ting tong, so network2 pun ting tong sama.. Apalah nak jadi...


No comments:

Post a Comment