Tuesday, July 1, 2014

Bab 3

Terkini, harga voucher dah bertukar dari rm230 naik kepada rm280 kerana sebahagian rm50 ringgit akan diambil oleh introducer atau upline diatas sebab intensive centre yang baru bertukar dari balakong cheras ke Glomac Sri Hartamas.

Setelah beli voucher tu kita akan di open mindkan tentang bisnes ni secara kaw2..Mcm milo ais kaw-kaw la pulak..minum je mau lagi..Ha mcm tu la lebih kurang rasanya..Bagi saya kalau nak open mind x salah, yang salahnya mengajak orang buat bisnes, dan bila orang menolak, mereka akan memaksa sehabis mungkin.  Dan kita akan diberi member form untuk diisikan mahupun secara rela atau paksaan. Dan kemudian akan di psyco mcm reverse osmosis..hahahahaha....eh sorry tergelak plak..

Dah lepas isi form kita akan dibawa berjumpa dengan advisor. Kata mereka, advisor ni adalah dari golongan share holder yang susah nak luangkan masa utk sharing dan berjumpa dengan mereka. Sebenarnya terus terang advisor tu adalah mereka yg berpangkat DF (District Franchiser) kira level tinggi dlm bisnes ni. Df adalah leader team. Kira kepala team gitu. Segala arahan yang sampai ke downline itulah adalah arahan dr Df  dan pastinya dikenali sebagai upline.

So bila kita disetkan appointment dg advisor, kita akan di OCkan. Apa itu oc? Oc tu adalah Open Case. Ketika oc ni kita akan didedahkan dgn plan dan strategi bisness. Bagaimana nak kembangkan network dan dapat keuntungan yang besar yg mana kena mula kembangkan network. Cari orang dan mcmana nak naik dr satu pangkat level ke seterusnya.

PENTING!
Ini yang anda perlu alert!
Masa ni lah kita akan diberitahu,  untuk join bisnes ni kita kena jadi happy member (HM) terlebih dahulu, kemudian dr hm barulah kita kena keluarkan modal sebanyak rm3400 untuk jadi bisnes partner yang mana naik ke level ke2 iaitu pangkat IF (indipendence franchisee). Masa dalam oc ni mereka beritahu, SELEPAS kita complete IF ni, kita akan mendapat beberapa produk iaitu :

E-drop
E-wash
Ez-out
E-nutra
E-gemcells ( pencuci muka dan toner)
E-body cup
E-magnet

Produk akan dipilih mengikut pv yg tinggi dan harga sesuai dgn modal. Dan kita akan disuruh sign purchase form tanpa diberitahu apa2..

Okay, disini saya nak dedahkan beberapa penipuan dan pecah amanah dan ketidak jujuran yang berlaku.

Sebab tu ramai yang x tahu apa tu purchase form (p/o)   kerana partner baru biasanya x tahu dan xkan diberitahu.

Sepatutnya jika SUDAH complete IF, barulah partner akan diberikan produk dan resit purchase akan ditandatangani oleh kita sendiri. Namun yang berlakunya adalah sebaliknya..

Kebanyakan kes yg berlaku adalah, apabila ada partner sedang fight utk dapatkan modal yg berharga rm3400 tu, sebahagian wang yg dah berjaya dapat akan diberi kepada leader akan DF utk dipegang. Kalau x beri Df sendiri akan meminta. Depends, ada setengah partner dpt ratusan dan ada setengah tu beribu..

Dan kemudian sementara partner cari source untuk meminjam dapatkan duit atau ada partner yg x mamlu terukan dan quit, Df yg memegang duit tu dah sediapun gunakan duit tu utk purchase produk tanpa perbincangan dan resit purchase barang tu ditandatangan oleh Df itu sendiri...sebenarnya ini dah salah kerana pecah amanah pabila duit partner digunakan sewenangnya dengan sesuka hati dan resit purchase tu tidak boleh ditandatangi oleh Df..kena pemiliknya sendiri yg tandatangan..

Kes mcm ni yang paling banyak berlaku apa bila upline memecah amanah dan menelan duit partner yang fite separuh jalan dan quit.
Aabila dituntut semula, merwka beri pelbagai alasan dan melentingbserta marah dan paling best akan menggunkan reverse psikologi dalam bentuk kutikan, sindiran dan penghinaan.

Sehingga kini, ramai yang terkena dan jadi mangsa dan masih menuntut duit mereka semula namun hampa... Kerana duit tu dah digunakan utk purchase barang semata2 untuk kejar pv (point value) dan sales bulanan, yg mana akan membuatkan mereka naik pangkat untuk jadi Df.

Turutan level dan pangkat bisnes ni adalah seperti berikut:

Hm 0% - IF 25%- SF 30%- AF 40%- CDF 40%- DF 45%- CRF dan RF

Disinilah membuatkan ramai partner yang dah mati rasa teraniaya sangat kerana duit yg dipinjam dr org lain (atas cadangan dan paksaan upline) secara susah payah tidak dipulangkan malah mereka hanya  boleh ambil produk saja. Mereka ini tidak akan diberitahu ketika produk dibeli, malah mereka hanya akan diberitahu ketika duit mereka dituntut. Dan ketika itu mereka ini dihina dan dimaki lagi kerana berkeras nakkan duit mereka semula..kata upline, kalau nak ambil produk, mereka kena mengadap berjumpa dengan upline team..Yang ni sy marahkan, kenapalah ketika mangsa berada depan mata, mereka x reti pun nak beri produk yg dipurchasekan dr duit mangsa..

Tunggu mangsa minta baru mereka suh mangsa ngadap ambil..masa tgh fite, sanggup pulak upline ngadap magsa 24jam utk collect duit....haishh..

To be continue...

No comments:

Post a Comment